Skip to main content

5 Herba mengurangkan tekanan darah tinggi


Antara usaha yang boleh dilakukan ialah mencuba herba seperti yang diberitahu di bawah ini :

#1 Daun selasih, berkesan merawat tekanan darah tinggi
Daun selasih merupakan salah satu herba berperisa yang mengandungi pelbagai kompaun antioksida seperti eugenol.

Selain daripada menghindarkan individu daripada kanser, kompaun boleh memberikan kawalan tekanan darah yang lebih baik kepada pesakit.

Kajian sains telah menemui kebolehan eugenol untuk mengawal tekanan darah melalui saluran kalsium manusia.

Apabila kalsium tidak boleh masuk ke dalam sel arteri dan jantung, salur darah manusia boleh mengembang seterusnya menurunkan tekanan darah.

#2 Pasli, kaya dengan vitamin C dan pigmen antioksida karotenoid
Pasli merupakan herba yang sering digunakan oleh mereka yang mendiami benua Amerika, Eropah dan Timur Tengah.

Ia mengandungi pelbagai jenis kompaun bermanfaat termasuklah vitamin C dan karotenoid yang boleh mengawal tekanan darah.

Terdapat kajian yang menunjukkan kebolehan karotenoid menurunkan faktor risiko penyakit jantung seperti tekanan darah dan paras lipoprotein berketumpatan rendah (LDL).

Seperti daun selasih, pasli juga boleh menurunkan tekanan darah dengan mengawal saluran kalsium di dalam badan manusia.

#3 Biji saderi, padat dengan nutrien mikro
masalah hipertensi

Biji saderi sering digunakan sebagai rempah dalam pelbagai jenis masakan.

Ia kaya dengan pelbagai jenis nutrien mikro seperti zat besi, magnesium, manganese, kalsium dan serat.

Kajian menggunakan tikus makmal menunjukkan, biji saderi berupaya untuk menurunkan tekanan darah tinggi yang dialami.

Sama seperti herba sebelum ini, mekanisme tindakannya tertumpu kepada saluran kalsium.

Tambahan pula, biji saderi mempunyai kandungan serat yang agak tinggi. Ia boleh memberikan kawalan tekanan darah yang lebih baik kepada pesakit..


#4 Bawang putih, lancarkan aliran darah dan hindar hipertensi
masalah hipertensi

Bawang putih merupakan bahan asas yang sering digunakan dalam masakan seharian.

Ia mengandungi kompaun berasaskan sulfur seperti allicin yang boleh meningkatkan aliran darah dan mengembangkan salur darah.

Tinjauan terhadap 12 kajian yang melibatkan lebih daripada 550 subjek hipertensi menunjukkan, bawang putih boleh menurunkan tekanan darah pada purata 8.3 mmHg (sistolik) dan 5.5 mmHg (diastolik).

Terdapat juga kajian yang menunjukkan penggunaan ekstrak bawang putih (600-1,500 mg) dalam kalangan 30 subjek boleh menurunkan tekanan darah sama seperti jika mereka dipreskripsikan dengan ubat hipertensi, Atenolol.

#5 Kayu manis, mampu rawat tekanan darah tinggi
Kayu manis adalah rempah beraroma yang berasal daripada kulit kayu pokok.

Ia telah digunakan sebagai herba untuk rawatan penyakit jantung sejak berkurun lamanya.

Tinjauan terhadap 9 kajian saintifik yang melibatkan 641 subjek menunjukkan, kayu manis boleh menurunkan tekanan darah pada purata 6.2 mmHg (sistolik) dan 3.9 mmHg (diastolik).

Kesan ini lebih signifikan bagi mereka yang mengambil kayu manis setiap hari selama 12 minggu.

Tambahan pula, pengambilan kayu manis oleh mereka yang mendapat komplikasi hipertensi akibat penyakit kronik seperti kencing manis turut menunjukkan trend penurunan.

Seperti herba yang lain, kayu manis boleh mengembangkan salur darah seterusnya menyebabkan penurunan tekanan darah.

Konklusi
Walaupun ada herba yang jelas boleh memberikan kebaikan kepada masalah hipertensi, lebih baik jika anda rujuk kepada doktor terlebih dahulu.

Sekiranya tiada kontraindikasi, anda boleh mengambilnya bersama dengan ubat seperti yang dinasihatkan oleh doktor.

INFO : Hello Health Group

Comments

Popular posts from this blog

TAK TRY TAK TAHU

Harga setanding kualiti ke produk ni ? Trusted ke produk ni ? Ade KKM tak ni ? Apa beza dengan Minyak sapuan yang lain ? Fuhhhhh berpeluh dahi nak jawab soalan macam ni dari customer. Itu dululahh sekarang tidak lagi sebab Minyak Herba Asmak kian dikenali dan sering laku keras. 😍 Harga RM 39 merupakan harga mampu milik bagi setiap keluarga. Mahal ??. Minyak Herba Asmak mampu membantu anda menyelesaikan masalah kesihatan seperti : ✅ Batuk ✅ Selsema ✅ Kahak ✅ Senggugut ✅ Asma ✅ Pening kepala ✅ Luka-luka kecil ✅ Sakit perut Bayangkan setiap penyakit diatas memerlukan ubat yang berlainan pada harga yang berbeza. Leceh kan ? Dengan harga RM 39 ianya boleh membantu selesaikan masalah ini. Masih mahal lagi ??? Jangan kedekut berbelanja untuk kesihatan diri. Takut memakan diri kelak nanti. * Minyak Herba Asmak mempunyai pengiktirafan dari KKM tau sooooo memang trusted 100% ! * BERMINAT ? 📲 www.wasap.my/60123572324/mha #MinyakHerbaAsmak #Selsema #Batuk #Demam #Berkahak #L...

Bedak Asmak untuk ruam, ekzema, jerawat, jeragat dan kulit bermasalah

ADA MASALAH KULIT? Tangani lah ia dengan #TANAH_LIAT. Biar betul🤔. Nape korang Tak Percaya ker? Kalo nak tahu, Tanah Liat adalah salah satu alternatif digunakan sejak zaman Rasulullah lagi. Lagi-lagi tanah liat putih. Macam mana dapat tanah liat putih? Cubalah BEDAK ASMAK. Alhamdulilah. Ia merupakan solusi untuk hampir semua masalah kulit. 💖Diperbuat dari bahan semulajadi 100% tanah liat putih berkualiti tinggi, 💖bebas Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya. 💖Mempunyai kadar UVA ratio yang tertinggi iaitu 0.88 di dalam Boot Star Rating untuk perlindungan UVA, jadi ia mempunyai kadar perlindungan MAKSIMUM terhadap UVA yang mengelakkan kedutan. 💖SESUAI untuk semua peringkat umur termasuk bayi dan sangat membantu dalam  🔶Rawatan Kulit Kritikal 🔹Merawat kulit kritikal seperti ruam, psoriasis, ekzema, gatal, kudis buta, kayap, panau dan demam campak.  🔹Merawat kecederaan ringan pada kulit seperti calar, gigitan serangga, luka bakar ringan, tumit kaki merekah & par...

Fungsi & Kebaikan Sabun Skrub Kop

Skrub PREMIUM daripada kopi premium dan 4 bahan berkualiti lain yang mempunyai manfaat kesihatan yang baik untuk kulit. Sabun Skrub Kopi Plus membantu menanggal sel-sel kulit yang mati, menghilangkan bau badan, mencerahkan kulit, Dapat mengecilkan pori-pori kulit wajah menghilangkan selulit, 'black head', jerawat dan jeragat.  Kandungan  ~~~~~~~ ⏩Kopi  🌸 Mengatasi masalah jerawat,  🌸 Mencerahkan kulit,  🌸 Mengecilkan pori-pori,  🌸 Menganjalkan kulit,  🌸 Membuang sel kulit mati,  🌸 Mengurangkan gelap bawah mata, 🌸 Menghilangkan selulit, 🌸 Mengurangkan blackhead. ⏩Habbatussauda  🌸Mengurangkan gejala eczema pada kulit,  🌸Mengurangkan masalah berminyak pada wajah,  🌸Anti aging,  🌸Mengatasi masalah jerawat. ⏩Sireh 🌸Mengurangkan keradangan jerawat dan jerawat batu,  🌸Mengecilkan pori-pori,  🌸Memudarkan flek hitam (jeragat) dan bekas jerawat,  🌸Mengurangkan gatal pada wajah,  🌸Membersihkan kotoran ...