Skip to main content

Sudu besi merosakkan khasiat madu 🤔

 

Sudu Besi Boleh Merosakkan Khasiat Madu – Adakah Satu Mitos Atau Ada Kebenarannya?


Penggunaan sudu keluli (stainless steel)

Pengunaan barangan daripada besi dalam pengendalian madu adalah satu laranggan bagi pengamal perubatan berasaskan madu. Pada umumnya sudu besi dilarang digunakan untuk untuk mengambilnya atau bekas untuk penyimpanan. Ada penternak yang mengelakkan menggunakan bekas kaca yang penutup diperbuat daripada besi. Bagi pemburu lebah tualang, secara tradisi penggunaan pisau besi untuk memotong sarang adalah sangat dilarang. Pada kebiasaanya, alatan yang digunakan untuk memotong sarang adalah diperbuat daripada tanduk.

Adakah Ianya Satu Mitos?

Persoalannya adakah ianya satu mitos atau ada kebenarannya. Untuk cuba menjawab persoalan ini saya telah membuat sedikit pencarian literature dan saya berpendapat ianya mempunyai kebenarannya. Ini kerana madu sendiri adalah bersifat asidik. Kajian yang dijalankan menunjukkan nilai pH bagi madu adalah lingkungan 3.5 hingga 6.1, bergantung kepada jenis dan pemprosesan yang telah dijalankan. Apa bahan yang bersifat asidic akan memberi tindak balas dengan besi. Bukti telah menunjukkan titikan madu pada pada zink aluminium boleh menghasilkan tompok puteh yang mana ini menunjukkan tindakan asid terhadap kepingan besi tersebut telah berlaku.

Kesan titikan madu pada kepingan 
galvanised iron

Disamping itu, pemerhatian yang dibuat menunjukkan penutup besi yang digunakan untuk menutup botol yang berisi madu akan mudah berkarat jika dibandingkan dengan bahan lain. 

Bagaimana Pula Dengan Peralatan Stainless Steel?

Saya bependapat penggunaan sudu tahan karat (stainless steel) ketika pengambilan dan pemprosesan bagi jangka masa yang singat adalah tidak menjadi masalah kerana ianya diperbuat dari bahan tahan karat dan jangka masa tindak balas adalah sangat singkat.  Walau bagaimanapun penggunaan peralatan stainless steel bagi tujuan penyimpanan dalam jangka masa yang lama adalah tidak disyorkan kerana dikhuatir sifat madu boleh bertindak balas dengan bahan keluli berkenaan dalam jangka masa yang lama.

Comments

Popular posts from this blog

Madu Halia Bentong Merawat Batuk & Sesak Dada

 sejuk perut ibu mengandung...berbakti sementara masih ada.. seronok adik asyraf ni bile batuk emaknya da semakin kurang dan xde sesak dada...semoga emaknye diberikan kesihatan yg baik 📲 www.wasap.my/60123572324/maduhaliabentong #rinduMa #alFatihah #MaduHaliaBentong #AsmakPutrajaya #teamsk #kasihAnakdanIbu

Madu Asli atau Tiruan??

Apa beza madu asli dan tiruan? Banyak teknik untuk mengenali sama ada madu tersebut tiruan atau original. Kebanykkan kajian yang dilakukan di Malaysia, Indonesia dan USA, 80% madu dipasaran adalah tiruan. Jangan mudah percaya dengan penjual yang mengatakan madu dijual asli. Hal ini disebabkan ada antara peniaga yang nak mudah dan cepat untung akan mencampurkan air sebelum di botolkan dan ada yang lebih rajin mencapurkan beberapa bahan untuk meniru sifat atak karekter madu asli. Jadi, macam mana nak kenalpasti sama ada madu tersebut Asli atau pun tidak? Sebaiknya anda beli dari peniaga yang dicadangkan oleh orang atau terus dari ladang. Ini kerana, teruji dan terbukti bahawa madu tersebut asli kerana rakan anda telah menggunakan nya. Selain itu juga, anda boleh cuba beberapa perkara laian. 1. Terdapat kerak atau gelang pollen   Kebiasaanya, madu yang telah dibotolkan akan mempunyai gelang atau kerak pada bahagian atas madu. Dalam tempoh seminggu pun gegelang ini akan wujud pada perm...

Penghidap resdung kronik 😪

Kisah benar penghidap resdung  Hanya orang yang menghidap masalah resdung je faham peritnya bila kena serang. Resdung ni jika dibiarkan boleh melarat sakit lain. Sebagai penghidap resdung saya kena sentiasa bersedia. Sebab resdung ni takkan hilang, ia cuma akan reda sekejap. Macam saya sejak amal Asmak Herbs ni bila makan ok, Alhamdulillah. Tak habis sebotol pun. Siap boleh simpan kalau kena lagi. Bila dah ok, nak kena balik lambat. Semalam bila kena serang balik, agak teruk jugalah. Cepat-cepat telan Asmak Herbs 2 biji, sapu Minyak Herba Asmak untuk kelegaan segera. Apa lagi kuat bersin dan hingus meleleh macam air paip. Itu adalah proses untuk mengeluarkan lebih cepat segala lendir sebenarnya. Alhamdulillah hari ni makin lega. Syukur sangat berbanding semalam. Lemon dalam Jus Asmak Gold tu pun bagus. Madu pula elok jadikan amalan rutin untuk ketahanan badan dan menguatkan antibodi. Sekarang ni bukan musim Covid sahaja, tapi penyakit lain pun tak pernah berhenti menghantui kita. A...