Skip to main content

Melegakan Morning Sickness 🤮

14 Bahan Di Dapur Yang Boleh Merawat Morning Sickness Ketika Wanita Hamil

Penat juga apabila asyik rasa mual dan muntah ketika hamil. Tapi sekarang anda boleh guna 14 bahan dari dapur ini untuk atasi masalah morning sickness!

Iklan

Morning sickness (mual dan muntah) ketika hamil

Wanita hamil biasanya akan mengalami "morning sickness" pada trimester pertama kehamilan. Morning sickness adalah rasa mual dan muntah ketika hamil.

Walaupun dipanggil sebagai "morning" sickness, tapi gejala ini bukan berlaku pada waktu pagi saja. Pada bila-bila masa pun ibu hamil dapat rasa mual atau muntah.

Tapi selalunya rasa morning sickness akan hilang selepas trimester pertama. Akan tetapi, ada juga ibu-ibu hamil yang mengalami morning sickness teruk, hingga boleh mengancam nyawa!

morning sickness

Ia dikenali sebagai Hyperemesis Gravidum. Kate Middleton antara ibu terkenal yang mengalaminya. 

Walaupun morning sickness tak seteruk hyperemesis gravidum, tapi penat juga asyik rasa mual dan nak muntah.

Jadi, kami ingin berkongsi petua dari Mom Junction ini untuk anda. 

Jom rawat morning sickness dengan 14 bahan semulajadi yang boleh anda dapat di dapur ini:

1. Air masak

Minum air masak dengan banyak untuk mengatasi rasa mual dan nak muntah.

Malah, minum air masak yang mencukupi juga membantu badan anda daripada dehidrasi dan meningkatkan sistem pencernaan.

2. Halia

mual dan muntahKredit: iStock

Dalam banyak-banyak bahan semulajadi di dapur yang boleh merawat morning sickness, halia adalah bahan yang paling terbaik!

Ia meningkatkan sistem pencernaan dan mengurangkan asid dalam perut. Nanti, anda takkan lagi pening, mual dan rasa nak muntah.

Iklan

Anda boleh minum teh halia dengan madu setiap pagi.

3. Daun pudina

Daun pudina mengandungi methanol yang boleh mengelak rasa mual ketika hamil. Sediakan teh pudina dan tambah daun pudina kering ke dalamnya. Minum setiap pagi.

Anda juga boleh menitikkan minyak pati pudina ke sapu tangan. Hidu bila rasa nak muntah.

4. Buah lemon

mual dan muntahKredit: iStock

Buah lemon mempunyai aroma yang mampu menenangkan badan anda. Kalau anda rasa mual dan nak muntah, segera bau lemon segar.

Atau anda juga boleh masukkan lemon ke dalam air, tambah madu/gula dan minum setiap pagi. Jangan simpan lemon lama sangat, takut jadi pahit.

5. Oat atau gandum

Bagi yang berselera untuk makan oat (sebab saya tak suka!) atau gandum, cuba makan ia dengan susu setiap jam. Ia dikatakan mampu mengurangkan morning sickness.

6. Cuka epal 

Cuka epal adalah pH neutral yang boleh buat asid gastrik dalam perut jadi semulajadi.

Iklan

Anda boleh menambah satu sudu madu dalam cuka epal bersama air dan minum ia sebelum tidur atau pada waktu pagi.

7. Vitamin B6

mual dan muntahKredit: iStock

Anda boleh ambil makanan tambahan vitamin B6 (minimum 25mg) dan makan beberapa makanan yang kaya dengan vitamin B6 setiap malam.

Antara makanan yang kaya dengan vitamin B6 adalah:

  • beras perang
  • avokado
  • buah pisang
  • ikan 
  • kekacang

8. Brokoli

Brokoli kaya dengan asid folik yang membantu meredakan rasa mual ketika hamil. Anda boleh masukkan brokoli dengan halia, daun pudina dan buat sup!

9. Yogurt

Yogurt kaya dengan vitamin B12 yang amat berkhasiat untuk wanita hamil. Pribiotik ini boleh dimakan dengan buah-buahan segar.

10. Buah kiwi

Buah kiwi, buah pisang dan beri biru amat sedap malah mampu membantu anda dalam hal mual ini! Sedapnya ia juga boleh dimakan dengan madu.

11. Biji cengkih

mual dan muntahKredit: iStock

Biji cengkih kaya dengan aroma yang boleh melegakan perut anda. Cuba masukkan biji cengkih dalam teh madu, atau dalam masakan harian anda.

12. Spirulina

Siapa suka minum spirulina? Spirulina bukan saja bagus untuk atasi masalah mual dan muntah, malah ia kaya dengan protein dan boleh membantu sistem penghadaman.

Kalau anda tak lalu nak minum spirulina begitu saja, cuba tambah pisang. Sedap! Spirulina juga hadir dalam bentuk tablet.

13. Kacang badam

Boleh kunyah-kunyah kacang badam sebelum anda tidur atau pada waktu pagi!

14. Bawang

14 Bahan Di Dapur Yang Boleh Merawat Morning Sickness Ketika Wanita HamilKredit: iStock

Bawang boleh meredakan rasa sensasi nak muntah. Banyakkan makan bawang atau cuba ekstrak jus bawang dan campur dengan halia. 

Tapi, jangan khuatir sangat wahai ibu-ibu hamil.

Morning sickness adalah normal ketika kehamilan, melainkan anda mengalami muntah dan mual yang amat teruk seperti HG.

Ia tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan. Tapi, jom cuba 14 bahan dalam dapur yang kami bagi tadi!

Ada sebarang petua lain lagi yang anda amalkan? 

Sumber rujukan: Mom Junction

Kredit gambar: University of California, Santa Barbara

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

kredit to : https://www.google.com/amp/s/my.theasianparent.com/rawat-morning-sickness/amp

Comments

Popular posts from this blog

TAK TRY TAK TAHU

Harga setanding kualiti ke produk ni ? Trusted ke produk ni ? Ade KKM tak ni ? Apa beza dengan Minyak sapuan yang lain ? Fuhhhhh berpeluh dahi nak jawab soalan macam ni dari customer. Itu dululahh sekarang tidak lagi sebab Minyak Herba Asmak kian dikenali dan sering laku keras. 😍 Harga RM 39 merupakan harga mampu milik bagi setiap keluarga. Mahal ??. Minyak Herba Asmak mampu membantu anda menyelesaikan masalah kesihatan seperti : ✅ Batuk ✅ Selsema ✅ Kahak ✅ Senggugut ✅ Asma ✅ Pening kepala ✅ Luka-luka kecil ✅ Sakit perut Bayangkan setiap penyakit diatas memerlukan ubat yang berlainan pada harga yang berbeza. Leceh kan ? Dengan harga RM 39 ianya boleh membantu selesaikan masalah ini. Masih mahal lagi ??? Jangan kedekut berbelanja untuk kesihatan diri. Takut memakan diri kelak nanti. * Minyak Herba Asmak mempunyai pengiktirafan dari KKM tau sooooo memang trusted 100% ! * BERMINAT ? 📲 www.wasap.my/60123572324/mha #MinyakHerbaAsmak #Selsema #Batuk #Demam #Berkahak #L...

Bedak Asmak untuk ruam, ekzema, jerawat, jeragat dan kulit bermasalah

ADA MASALAH KULIT? Tangani lah ia dengan #TANAH_LIAT. Biar betul🤔. Nape korang Tak Percaya ker? Kalo nak tahu, Tanah Liat adalah salah satu alternatif digunakan sejak zaman Rasulullah lagi. Lagi-lagi tanah liat putih. Macam mana dapat tanah liat putih? Cubalah BEDAK ASMAK. Alhamdulilah. Ia merupakan solusi untuk hampir semua masalah kulit. 💖Diperbuat dari bahan semulajadi 100% tanah liat putih berkualiti tinggi, 💖bebas Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya. 💖Mempunyai kadar UVA ratio yang tertinggi iaitu 0.88 di dalam Boot Star Rating untuk perlindungan UVA, jadi ia mempunyai kadar perlindungan MAKSIMUM terhadap UVA yang mengelakkan kedutan. 💖SESUAI untuk semua peringkat umur termasuk bayi dan sangat membantu dalam  🔶Rawatan Kulit Kritikal 🔹Merawat kulit kritikal seperti ruam, psoriasis, ekzema, gatal, kudis buta, kayap, panau dan demam campak.  🔹Merawat kecederaan ringan pada kulit seperti calar, gigitan serangga, luka bakar ringan, tumit kaki merekah & par...

Fungsi & Kebaikan Sabun Skrub Kop

Skrub PREMIUM daripada kopi premium dan 4 bahan berkualiti lain yang mempunyai manfaat kesihatan yang baik untuk kulit. Sabun Skrub Kopi Plus membantu menanggal sel-sel kulit yang mati, menghilangkan bau badan, mencerahkan kulit, Dapat mengecilkan pori-pori kulit wajah menghilangkan selulit, 'black head', jerawat dan jeragat.  Kandungan  ~~~~~~~ ⏩Kopi  🌸 Mengatasi masalah jerawat,  🌸 Mencerahkan kulit,  🌸 Mengecilkan pori-pori,  🌸 Menganjalkan kulit,  🌸 Membuang sel kulit mati,  🌸 Mengurangkan gelap bawah mata, 🌸 Menghilangkan selulit, 🌸 Mengurangkan blackhead. ⏩Habbatussauda  🌸Mengurangkan gejala eczema pada kulit,  🌸Mengurangkan masalah berminyak pada wajah,  🌸Anti aging,  🌸Mengatasi masalah jerawat. ⏩Sireh 🌸Mengurangkan keradangan jerawat dan jerawat batu,  🌸Mengecilkan pori-pori,  🌸Memudarkan flek hitam (jeragat) dan bekas jerawat,  🌸Mengurangkan gatal pada wajah,  🌸Membersihkan kotoran ...