Skip to main content

Minyak Herba Asmak selamat untuk anak-anak G6PD

 

Kekurangan Enzim G6PD

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Diagnosa

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.

Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.

Gejala/Tanda-tanda

Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah

  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada

Akibat daripada hemolisis

  • jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.

Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.

Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang patut dielakkan

Bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu tahu secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis (senarai ubat-ubat serta bahan-bahan seperti di Rajah 1).

Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti di Rajah 1 agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.

Pastikan anda memaklumkan doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.


Rajah 1 : Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis



Makanan dan herba yang perlu dielakkan
Ubat yang boleh diberi dalam dos terapeutik
  • Kacang parang (fava beans)
  • Ubat China
    • Chuen Lin
    • San Chi
    • 13 herbs
    • 12 herbs
  • Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)

Bahan lain yang mesti dielakkan

  • Ubat gegat (moth balls)
  • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

Ubat yang mesti dielakkan

  • Acetanilide
  • Doxorubicin
  • Furazolidene
  • Methylene Blue
  • Nalidixic acid
  • Niridazole
  • Nitrofurantoin
  • Phenozopyridine
  • Primaquine
  • Sulfamethoxazole
  • Bactrim
  • Paracetamol
  • Ascorbic acid
  • Aspirin
  • Chloramphenicol
  • Chloroquine
  • Colchicine
  • Diphenhydramine
  • Isoniazid
  • Phenacetin
  • Phenylbutazone
  • Phenytoin
  • Probenecid
  • Procainamide
  • Pyrimethamine
  • Quinidine
  • Streptomycin
  • Sulfisoxazole
  • Trimethoprim
  • Tripelennamine
  • Vitamin K
  • Mefloquine


kredit to: http://www.myhealth.gov.my/kekurangan-enzim-g6pd/

Comments

Popular posts from this blog

TAK TRY TAK TAHU

Harga setanding kualiti ke produk ni ? Trusted ke produk ni ? Ade KKM tak ni ? Apa beza dengan Minyak sapuan yang lain ? Fuhhhhh berpeluh dahi nak jawab soalan macam ni dari customer. Itu dululahh sekarang tidak lagi sebab Minyak Herba Asmak kian dikenali dan sering laku keras. 😍 Harga RM 39 merupakan harga mampu milik bagi setiap keluarga. Mahal ??. Minyak Herba Asmak mampu membantu anda menyelesaikan masalah kesihatan seperti : ✅ Batuk ✅ Selsema ✅ Kahak ✅ Senggugut ✅ Asma ✅ Pening kepala ✅ Luka-luka kecil ✅ Sakit perut Bayangkan setiap penyakit diatas memerlukan ubat yang berlainan pada harga yang berbeza. Leceh kan ? Dengan harga RM 39 ianya boleh membantu selesaikan masalah ini. Masih mahal lagi ??? Jangan kedekut berbelanja untuk kesihatan diri. Takut memakan diri kelak nanti. * Minyak Herba Asmak mempunyai pengiktirafan dari KKM tau sooooo memang trusted 100% ! * BERMINAT ? 📲 www.wasap.my/60123572324/mha #MinyakHerbaAsmak #Selsema #Batuk #Demam #Berkahak #L...

Fungsi & Kebaikan Sabun Skrub Kop

Skrub PREMIUM daripada kopi premium dan 4 bahan berkualiti lain yang mempunyai manfaat kesihatan yang baik untuk kulit. Sabun Skrub Kopi Plus membantu menanggal sel-sel kulit yang mati, menghilangkan bau badan, mencerahkan kulit, Dapat mengecilkan pori-pori kulit wajah menghilangkan selulit, 'black head', jerawat dan jeragat.  Kandungan  ~~~~~~~ ⏩Kopi  🌸 Mengatasi masalah jerawat,  🌸 Mencerahkan kulit,  🌸 Mengecilkan pori-pori,  🌸 Menganjalkan kulit,  🌸 Membuang sel kulit mati,  🌸 Mengurangkan gelap bawah mata, 🌸 Menghilangkan selulit, 🌸 Mengurangkan blackhead. ⏩Habbatussauda  🌸Mengurangkan gejala eczema pada kulit,  🌸Mengurangkan masalah berminyak pada wajah,  🌸Anti aging,  🌸Mengatasi masalah jerawat. ⏩Sireh 🌸Mengurangkan keradangan jerawat dan jerawat batu,  🌸Mengecilkan pori-pori,  🌸Memudarkan flek hitam (jeragat) dan bekas jerawat,  🌸Mengurangkan gatal pada wajah,  🌸Membersihkan kotoran ...

5 Herba mengurangkan tekanan darah tinggi

Antara usaha yang boleh dilakukan ialah mencuba herba seperti yang diberitahu di bawah ini : #1 Daun selasih, berkesan merawat tekanan darah tinggi Daun selasih merupakan salah satu herba berperisa yang mengandungi pelbagai kompaun antioksida seperti eugenol. Selain daripada menghindarkan individu daripada kanser, kompaun boleh memberikan kawalan tekanan darah yang lebih baik kepada pesakit. Kajian sains telah menemui kebolehan eugenol untuk mengawal tekanan darah melalui saluran kalsium manusia. Apabila kalsium tidak boleh masuk ke dalam sel arteri dan jantung, salur darah manusia boleh mengembang seterusnya menurunkan tekanan darah. #2 Pasli, kaya dengan vitamin C dan pigmen antioksida karotenoid Pasli merupakan herba yang sering digunakan oleh mereka yang mendiami benua Amerika, Eropah dan Timur Tengah. Ia mengandungi pelbagai jenis kompaun bermanfaat termasuklah vitamin C dan karotenoid yang boleh mengawal tekanan darah. Terdapat kajian yang menunjukkan kebolehan karotenoid menurun...