Skip to main content

Petua mendapat anak perempuan Part 1

Cara dapat bayi perempuan

Anda inginkan bayi perempuan? Merancang untuk seimbangkan jantina di dalam keluarga jika dah ada seorang anak lelaki? Ada pelbagai teori dan dakwaan dibuat dalam mempengaruhi jantina bayi yang bakal dikandung, tetapi yang penting sekali ianya disokong oleh fakta saintifik. Bagi setiap kehamilan, peratusan untuk dapat bayi lelaki atau perempuan adalah sama rata. Walaupun pasangan telah melakukan langkah-langkah tertentu dalam cubaan untuk menentukan jantina bayi, mereka hanya mampu mencuba dan keputusan tetap bergantung kepada nasib.

Petua untuk dapat bayi perempuan

  • Lakukan hubungan intim 2.5-4 hari sebelum ovulasi.
  • Simpan jadual ovulasi agar anda peka dgn waktu ovulasi.
  • Selepas berakhirnya haid anda, lakukan hubungan intim setiap hari.
  • Elak daripada melakukan kaedah penembusan dalam – gunakan posisi missionary.
  • Ketahui tahap pH vagina anda menggunakan kit ujian alkali yang boleh dibeli di farmasi.
  • Makan makanan yang mengandungi tahap pH berasid seperti sayuran hijau, bijirin penuh, daging, manisan, jagung dan beri biru.

Apa yang fakta dan apa yang auta?

  • Sperma yang mempunyai kromosom X perlu masuk ke dalam telur terlebih dahulu untuk dapat bayi perempuan.
  • Jika sperma dengan kromosom Y yang masuk dahulu, anda akan dapat bayi lelaki.
  • Lelaki menghasilkan kromosom X dan Y. Oleh itu penting untuk ingat bahawa lelaki yang menentukan jantina bayi. Wanita hanya menghasilkan kromosom X.
  • Dakwaan yang mengatakan lelaki kurang maskulin menghasilkan bayi perempuan sahaja adalah tidak benar.
  • Tanggapan satu testikel menghasilkan sperma X (perempuan) sahaja dan satu lagi menghasilkan sperma Y (lelaki) sahaja adalah tidak benar.
  • Perkara berikut juga tidak memberi pengaruh dalam menentukan jantina bayi: kalendar lunar, diet, posisi seks, homeopati dan pelbagai jenis ubat-ubatan.
Ciri-ciri sperma bayi perempuanMaksudnya untuk anda
Kebiasaannya berenang dengan perlahan tetapi tahan lama.Fakta menarik, tetapi tidak memberi banyak makna dari segi pengaruh anda.
Mempunyai tenaga yang banyak untuk bertahan di dalam persekitaran vagina yang lasak..Juga fakta menarik. Mungkin mempunyai pengaruh bila dikaitkan antara hubungan intim dan waktu ovulasi.
Jangka hayat di dalam vagina selama 4 hari.Tidak perlu terlalu spesifik untuk lakukan hubungan intim serentak dengan waktu ovulasi.

Ciri-ciri sperma bayi lelakiMaksudnya untuk anda
Tidak bertahan dengan lama dan memerlukan bantuan untuk menghampiri telur dengan secepat mungkin.Hubungan intim perlu berlaku serentak dengan waktu ovulasi.
Berenang dengan bertenaga di peringkat permulaan tetapi tidak mampu bertahan lama.Berhenti lakukan hubungan intim kira-kira tiga hari sebelum berovulasi jika anda inginkan bayi perempuan.Tetapi ia juga berisiko untuk anda tidak hamil langsung.


Masa untuk lakukan hubungan intim

Anda perlu buat keputusan, merancang rapi dan lakukan setiap langkah dalam strategi, termasuk masa dan bagaimana hubungan intim yang perlu dilakukan, sekira ingin mendapat bayi perempuan.

Perlu diingatkan, tidak kira sama ada anda merancang untuk dapat bayi lelaki atau perempuan, telur perlu dihasilkan terlebih dahulu. Kekerapan hubungan intim juga meningkatkan peluang untuk telur disenyawakan. Perkara sebaliknya akan berlaku jika hubungan intim jarang dilakukan.

Pada tahun 1960an, Dr. Shettles merangka beberapa strategi bagi membantu anda meningkatkan peluang untuk dapat bayi lelaki atau perempuan.

Menurut Shettles, sekiranya inginkan bayi perempuan, anda perlu:

  • Lakukan hubungan intim 2.5-4 hari sebelum waktu ovulasi. Amat membantu jika anda mempunyai kalendar ovulasi, agar anda boleh tahu tarikh tepat anda berovulasi dan lakukan hubungan intim sekerap mungkin sebelum telur dilepaskan.
  • Selepas haid anda berakhir, lakukan hubungan intim setiap hari. Tujuannya agar lebih banyak sperma X dapat bertahan lama sehingga dapat bersenyawa dengan telur yang dilepaskan.
  • Kunci utama untuk dapatkan bayi perempuan adalah persediaan. Jangan tunggu terlalu lewat untuk lakukan hubungan intim. Lagi banyak anda melabur, lagi tinggi peluang untuk dapat bayi perempuan. Pelaburan yang dimaksudkan adalah jumlah air mani yang dilepaskan kerana apabila jumlah yang banyak dan dalam tempoh yang panjang, hasilnya pasti berbaloi.

Shettles juga memberikan nasihat seperti berikut:

  • Elak daripada melakukan hubungan intim semasa atau selepas ovulasi. Sperma X yang berenang perlahan boleh mengambil masa untuk sampai ke destinasi persenyawaan, bila cukup masa telur dilepaskan.
  • Mukus yang bersifat asid sebelum ovulasi juga membantu. Wanita yang lebih sensitif dengan perubahan pada badan mereka, akan peka dengan tempoh kesuburan.
  • Jika boleh, elak daripada wanita mencapai orgasme ketika hubungan intim. Rembesan alkali adalah lebih banyak semasa orgasme, dan menurut Shettles perkara ini akan membuatkan bayi lelaki mudah diperolehi. Kontraksi juga lebih ketara semasa orgasme dan akan membantu sperma Y untuk lebih mudah memasuki tiub falopio, di mana pensenyawaan berlaku.

Bagaimana nak tahu jika saya dah berovulasi?

  • Kebiasaannya pada pertengahan tempoh kitaran haid, para wanita akan merasakan kesakitan di satu bahagian bawah pelvis.
  • Perubahan pada mukus servikal. Rupa mukus yang subur bagaikan putih telur – jernih, berair dan likat. Perubahan pada sel ini adalah bertujuan untuk memudahkan pergerakan sperma melalui serviks hingga ke dalam tiub falopio. Sperma sesuai dengan persekitaran ini dan tidak akan mati, kerana disebabkan mukus subur yang lebih bersifat alkali berbanding mukus tidak subur.
  • Gunakan kit ujian ovulasi. Ia boleh mengesan perubahan hormon yang berlaku ketika ovulasi, terutamanya peningkatan hormon peluteinan. Tetapi ada perbezaan pendapat tentang ketepatan bacaannya.
  • Para wanita yang telah berovulasi dan berada pada tahap subur akan merasakan perbezaan. Contohnya seperti peningkatan libido, tampil lebih menawan dan lebih tenang.
  • Peningkatan pada suhu badan basal. Suhu ini adalah yang paling rendah ketika badan anda berehat dan tidur. Suhu badan akan mula meningkat apabila proses ovulasi hampir bermula.

Ingat, kit ujian ovulasi memberikan keputusan yang lebih tepat dengan mengukur bacaan hormon pada air liur, berbanding air kencing.

Petua untuk dapat bayi perempuan

  • Elak daripada melakukan posisi penembusan dalam. Posisi missionary adalah paling sesuai kerana air mani/sperma yang dilepaskan tidak terlalu hampir dengan serviks.
  • Sila dapatkan kerjasama dengan pasangan anda. Komunikasi adalah amat penting kerana pasti berlaku perubahan posisi di saat anda bersama, dan keputusan yang dikongsi juga perlu dibuat bersama pada saat “intim”.
  • Sperma X sesuai berada di dalam persekitaran berasid. Tidak banyak yang anda boleh lakukan berkenaan perkara ini melainkan mengambil makanan dengan pH berasid. Kit ujian alkali boleh didapati di farmasi jika ingin tahu status tahap pH vagina anda.
  • Ada teori mengatakan sperma X lebih prolifik bila lelaki kerap melakukan proses ejakulasi. Tetapi ada teori lain mengatakan jumlah keseluruhan sperma mengambil masa beberapa hari untuk dikumpul kembali selepas satu ejakulasi.
  • Menggunakan kondom pada waktu paling subur adalah satu pilihan kerana ia mengurangkan peluang untuk sebarang persenyawaan. Sekaligus menyokong teori Shettles di mana bayi lelaki lebih mudah disenyawakan sewaktu ovulasi.
  • Amalkan pengambilan makanan yang boleh menyokong tahap pH vagina untuk menjadi lebih berasid.

Cuba tambah makanan berikut di dalam diet anda:

  • Sayuran berdaun hijau. Sila ambil perhatian kerana ada penyelidik mengatakan ibu-ibu yang ingin mendapatkan bayi perempuan perlu elak mengambil buah-buahan dan sayuran. Tetapi dari segi pengambilan diet, nasihat tersebut tidak perlu diikut secara bulat-bulat. Asid folik amat penting pada trimester pertaman dan sayuran berdaun hijau adalah sumber folat yang mencukupi.
  • Bijirin penuh seperti roti, bijiran dan nasi.
  • Daging.
  • Manisan, gula-gula, pencuci mulut dan kek.
  • Elak makan kacang, terutamanya badam.
  • Jagung dan beri biru
  • Ambil makanan yang kaya dengan magnesium seperti ikan, buah-buahan dan bijirin.

Ada teori saintifik mengatakan wanita yang mengamalkan diet tinggi dengan tenaga, akan lebih mudah untuk dapat bayi lelaki. Seperti menunjukkan setiap kilojoule dalam diet lebih membantu bayi lelaki. Bermakna jika diet yang sebaliknya diambil, peluang untuk dapat bayi perempuan secara logiknya adalah lebih tinggi. Tapi ingat, teori hanyalah teori dan tiada gerenti ia berhasil.

Sertai komuniti Huggies (jika anda belum!). Menjadi ibu merupakan fasa baru dalam hidup anda, jadi anda ingin mencari komuniti ibu baru yang dapat menempuh perjalanan bersama anda. Petua kehamilan, petua keibubapaan dan sampel lampin percuma yang dikongsi di platform Huggies Club dapat memastikan anda juga bersedia untuk anak anda yang baru lahir.

“Maklumat yang terkandung di dalam laman ini hanyalah bagi tujuan perkongsian maklumat dan bukan untuk digunakan sebagai nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perihal perubata, sila dapatkan nasihat daripada doktor atau pun pengamal perubatan berkelayakan. Maklumat di dalam laman ini tidak bermakna anda perlu berhenti daripada mengambil ubatan atau nasihat yang telah disyorkan, termasuk juga melengah-lengahkan daripada mendapatkan nasihat perubatan daripada doktor. Kimberly-Clark dikecualikan daripada sebarang tuntutan liabiliti atau tanggungjawab, kesilapan atau ketinggalan di dalam laman ini, dan boleh meminda bahan pada bila-bila masa tanpa notis, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.”


kredit to : https://www.huggies.com.my/ms-my/pregnancy/trying-for-a-baby/how-to-conceive-a-girl

Comments

Popular posts from this blog

TAK TRY TAK TAHU

Harga setanding kualiti ke produk ni ? Trusted ke produk ni ? Ade KKM tak ni ? Apa beza dengan Minyak sapuan yang lain ? Fuhhhhh berpeluh dahi nak jawab soalan macam ni dari customer. Itu dululahh sekarang tidak lagi sebab Minyak Herba Asmak kian dikenali dan sering laku keras. 😍 Harga RM 39 merupakan harga mampu milik bagi setiap keluarga. Mahal ??. Minyak Herba Asmak mampu membantu anda menyelesaikan masalah kesihatan seperti : ✅ Batuk ✅ Selsema ✅ Kahak ✅ Senggugut ✅ Asma ✅ Pening kepala ✅ Luka-luka kecil ✅ Sakit perut Bayangkan setiap penyakit diatas memerlukan ubat yang berlainan pada harga yang berbeza. Leceh kan ? Dengan harga RM 39 ianya boleh membantu selesaikan masalah ini. Masih mahal lagi ??? Jangan kedekut berbelanja untuk kesihatan diri. Takut memakan diri kelak nanti. * Minyak Herba Asmak mempunyai pengiktirafan dari KKM tau sooooo memang trusted 100% ! * BERMINAT ? 📲 www.wasap.my/60123572324/mha #MinyakHerbaAsmak #Selsema #Batuk #Demam #Berkahak #L...

Bedak Asmak untuk ruam, ekzema, jerawat, jeragat dan kulit bermasalah

ADA MASALAH KULIT? Tangani lah ia dengan #TANAH_LIAT. Biar betul🤔. Nape korang Tak Percaya ker? Kalo nak tahu, Tanah Liat adalah salah satu alternatif digunakan sejak zaman Rasulullah lagi. Lagi-lagi tanah liat putih. Macam mana dapat tanah liat putih? Cubalah BEDAK ASMAK. Alhamdulilah. Ia merupakan solusi untuk hampir semua masalah kulit. 💖Diperbuat dari bahan semulajadi 100% tanah liat putih berkualiti tinggi, 💖bebas Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya. 💖Mempunyai kadar UVA ratio yang tertinggi iaitu 0.88 di dalam Boot Star Rating untuk perlindungan UVA, jadi ia mempunyai kadar perlindungan MAKSIMUM terhadap UVA yang mengelakkan kedutan. 💖SESUAI untuk semua peringkat umur termasuk bayi dan sangat membantu dalam  🔶Rawatan Kulit Kritikal 🔹Merawat kulit kritikal seperti ruam, psoriasis, ekzema, gatal, kudis buta, kayap, panau dan demam campak.  🔹Merawat kecederaan ringan pada kulit seperti calar, gigitan serangga, luka bakar ringan, tumit kaki merekah & par...

Fungsi & Kebaikan Sabun Skrub Kop

Skrub PREMIUM daripada kopi premium dan 4 bahan berkualiti lain yang mempunyai manfaat kesihatan yang baik untuk kulit. Sabun Skrub Kopi Plus membantu menanggal sel-sel kulit yang mati, menghilangkan bau badan, mencerahkan kulit, Dapat mengecilkan pori-pori kulit wajah menghilangkan selulit, 'black head', jerawat dan jeragat.  Kandungan  ~~~~~~~ ⏩Kopi  🌸 Mengatasi masalah jerawat,  🌸 Mencerahkan kulit,  🌸 Mengecilkan pori-pori,  🌸 Menganjalkan kulit,  🌸 Membuang sel kulit mati,  🌸 Mengurangkan gelap bawah mata, 🌸 Menghilangkan selulit, 🌸 Mengurangkan blackhead. ⏩Habbatussauda  🌸Mengurangkan gejala eczema pada kulit,  🌸Mengurangkan masalah berminyak pada wajah,  🌸Anti aging,  🌸Mengatasi masalah jerawat. ⏩Sireh 🌸Mengurangkan keradangan jerawat dan jerawat batu,  🌸Mengecilkan pori-pori,  🌸Memudarkan flek hitam (jeragat) dan bekas jerawat,  🌸Mengurangkan gatal pada wajah,  🌸Membersihkan kotoran ...