Skip to main content

SENGGUGUT

 APA ITU SENGGUGUT?

Pada hari pertama atau satu hari menjelang datang bulan, ramai wanita yang mengeluh sakit perut atau senggugut. Senggugut tidak termasuk PMS walaupun ada kalanya seakan-akan gejala PMS.
Senggugut atau ‘dysmenorrhea’ sering  mengganggu aktiviti harian wanita; ada di antara mereka yang terpaksa meninggalkan pekerjaan untuk beberapa jam atau beberapa hari.
Terdapat dua jenis senggugut. Haid normal yang sakit pada hari pertama atau sehari sebelum haid di panggil ‘senggugut primer’, sementara ‘senggugut sekunder’ adalah sakit setelah beberapa hari bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif seperti Endometriosis.
Selain sakit perut, Rena juga akan terasa lenguh serta sakit-sakit belakang yang adakalanya terasa hingga ke kaki.
Sakit ini kebiasaannya akan berlanjutan untuk beberapa jam dan boleh melebihi 24 jam. Ia akan berkurangan dalam masa satu hingga dua hari. Apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya, kesakitan akan turut hilang.



KEADAAN YANG BOLEH MENINGKATKAN RISIKO PMS
Punca PMS tidak diketahui tetapi, mengikut kajian, terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko PMS:
Pertama, wanita yang pernah melahirkan anak. PMS semakin teruk setelah melahirkan beberapa anak, terutama bila pernah mengalami kehamilan dengan komplikasi seperti darah tinggi semasa mengandung.
Kedua, usia .PMS semakin teruk dengan bertambahnya usia, terutama antara usia 30 – 45 tahun.
Ketiga, gaya hidup yang penuh stres atau tekanan.
Keempat, diet pemakanan tidak sihat  seperti yang tinggi dengan kandungan gula, garam, kopi dan teh.
Kelima, kekurangan zat-zat gizi seperti vitamin B, vitamin E, vitamin C, magnesium, dan zat besi.
Keenam, tabiat merokok dan pengambilan alkohol yang keterlaluan juga dapat meningkatkan tanda-tanda PMS.
Ketujuh, kesihatan fizikal. Kurang bersenam boleh memburukkan keadaan.


CARA MENGATASI PMS

Biasanya, pengambilan ubat penenang sakit seperti paracetamol dan ibuprofen, serta ubat diuretik boleh mengawal keadaan.
Di samping mengambil ubat-ubatan untuk membantu keadaan, Suri dan Rena turut mengamalkan perkara-perkara berikut:

  • menyimpan diari untuk mencatat perubahan emosi dan perubahan sewaktu datang bulan.
  • Perbanyakkan waktu tidur, terutama tidur siang jika terasa letih.
  • Mengawal diet pemakanan dengan mengurangkan pengambilan garam, gula, kafein dan karbohidrat.  
  • Bersenam sekurang-kurangnya 150 minit atau 5 kali dalam seminggu.
  • Dapatkan nasihat doktor untuk rawatan lanjut
  • Dapatkan sokongan ahli keluarga, guru dan rakan sekerja.

Sokongan emosi serta fizikal yang diberikan oleh keluarga, rakan,guru dan majikan membolehkan Suri dan Rena melalui pengalaman ini dengan lebih tabah.

kredit to : http://www.myhealth.gov.my/pre-menstrual-tension/

www.wasap.my/60123572324/madukurmamerah

Comments

Popular posts from this blog

Madu Halia Bentong Merawat Batuk & Sesak Dada

 sejuk perut ibu mengandung...berbakti sementara masih ada.. seronok adik asyraf ni bile batuk emaknya da semakin kurang dan xde sesak dada...semoga emaknye diberikan kesihatan yg baik 📲 www.wasap.my/60123572324/maduhaliabentong #rinduMa #alFatihah #MaduHaliaBentong #AsmakPutrajaya #teamsk #kasihAnakdanIbu

Madu Asli atau Tiruan??

Apa beza madu asli dan tiruan? Banyak teknik untuk mengenali sama ada madu tersebut tiruan atau original. Kebanykkan kajian yang dilakukan di Malaysia, Indonesia dan USA, 80% madu dipasaran adalah tiruan. Jangan mudah percaya dengan penjual yang mengatakan madu dijual asli. Hal ini disebabkan ada antara peniaga yang nak mudah dan cepat untung akan mencampurkan air sebelum di botolkan dan ada yang lebih rajin mencapurkan beberapa bahan untuk meniru sifat atak karekter madu asli. Jadi, macam mana nak kenalpasti sama ada madu tersebut Asli atau pun tidak? Sebaiknya anda beli dari peniaga yang dicadangkan oleh orang atau terus dari ladang. Ini kerana, teruji dan terbukti bahawa madu tersebut asli kerana rakan anda telah menggunakan nya. Selain itu juga, anda boleh cuba beberapa perkara laian. 1. Terdapat kerak atau gelang pollen   Kebiasaanya, madu yang telah dibotolkan akan mempunyai gelang atau kerak pada bahagian atas madu. Dalam tempoh seminggu pun gegelang ini akan wujud pada perm...

Penghidap resdung kronik 😪

Kisah benar penghidap resdung  Hanya orang yang menghidap masalah resdung je faham peritnya bila kena serang. Resdung ni jika dibiarkan boleh melarat sakit lain. Sebagai penghidap resdung saya kena sentiasa bersedia. Sebab resdung ni takkan hilang, ia cuma akan reda sekejap. Macam saya sejak amal Asmak Herbs ni bila makan ok, Alhamdulillah. Tak habis sebotol pun. Siap boleh simpan kalau kena lagi. Bila dah ok, nak kena balik lambat. Semalam bila kena serang balik, agak teruk jugalah. Cepat-cepat telan Asmak Herbs 2 biji, sapu Minyak Herba Asmak untuk kelegaan segera. Apa lagi kuat bersin dan hingus meleleh macam air paip. Itu adalah proses untuk mengeluarkan lebih cepat segala lendir sebenarnya. Alhamdulillah hari ni makin lega. Syukur sangat berbanding semalam. Lemon dalam Jus Asmak Gold tu pun bagus. Madu pula elok jadikan amalan rutin untuk ketahanan badan dan menguatkan antibodi. Sekarang ni bukan musim Covid sahaja, tapi penyakit lain pun tak pernah berhenti menghantui kita. A...